Hi! welcome to my blog. feel free to navigate around. ๐Ÿ‘
Dashboard
Salam Ramadhan :)
Friday, June 2, 2017 โ€ข 1:32 AM โ€ข 0 comment[s]
Hi assalammualaikum dear bloggers!

Lamanya tak singgah blog ni. Haha dah tak ingat langsung pun pasal blog ni. Ni pun saja-saja tengok sbb dah taktahu nak buat apa. Nak buat assignment jemu dah. Tak sedar diri dah nk final. Lagi 3 minggu je. Huwaaa cepat gila masa berlalu.

Oh yeah fyi, sekarang alhamdulillah Lysa dah sambung belajar degree in pure maths. Teruskan course yg sama mcm diploma. Tak larat la nak amik course lain. Nanti lagi lambat la nak habis. Kahwin pun lambat kalau mcm tu. Oppss haha dah nak kahwin ke tu? Haha doadoa kan lah jodoh tu cepat sampai. Sekarang ni Lysa sambung di UiTM Shah Alam. Baru 3rd semester. Lysa dapat pengecualian credit. So dapatla skip sem tu. Jimat masa haha and in shaa Allah bulan 11 ni Lysa akan convo untuk diploma. Im not officially graduated yet haha lambat kan. Tak sabar nak tunggu graduate ni. Wuhuuu.

Em, lagi nak cerita apa ye? Life Lysa? Hm alhamdulillah semuanya okay je. Kisah dulu pun dah move on dah. Haha yang lepas tu biarlah berlalu. Buat apa diingat lagi ye dok. Haha mulakan je lah hidup baru. And alhamdulillah dah ada yang menanti. Doakan jelah kebahagiaan untuk Lysa ye. Haters-2 tu biarkan lah diorang happy. Takboleh nak halang haha

Sedar tak sedar dah masuk Ramadhan kan. Harini pun dah masuk Ramadhan ke-6. Ha cepatnya masa berlalu. Huhu agak-2 duit raya tahun ni dapat lagi tak? Hahaha harap dapat lah ye sbb masih belum bekerja tau. Masih student lagi ni ha. Hahahah btw sebelum tu sesiapa yang mengenali Lysa atau tak kenal sekalipun, Lysa nak mintak ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki kalau Lysa ada sakiti hati sesiapa. Maaf ye mungkin kdg-2 tu Lysa terlalu marah sampai takboleh nak kawal so maafkan lah diriku ini. Haha

Lysa rasa sampai sini je kot. Sekarang pun dah 1.30 pagi masih berjaga lagi. Apa-2 pun selamat maju jaya untuk semua dan Selamat Menyambut Ramadhan! Jumpa lagi. Assalamualaikum :)

Yang ikhlas,
Lysa :)


ยซ Newer
Older ยป
2014 - Template made by Ika. Inspired and image for background are from cocorini. Thanks to afiqah and wana for the navigation thingy. do tell me if im not credit yours.